Gelak tawa yang sering kedengaran,
Gurauan yang menjadi penghibur hati,
Senyuman yang tidak pernah hilang,
Yang membuat aku lupa,
Erti kesedihan yang pernah meruntun di jiwa,
Namun kini tinggal kenangan,
Engkau mengajar erti persahabatan,
Tetap ada suka dan duka,
Dikala ku jatuh tanganmu sentiasa menyambut,
Dikala ku senang dikongsi bersama,
Tak mungkin aku lupa,
Biar kita berbeza tempat,
Mahupun selatan,
Atau di timur,
Hati kita tetap satu,
Menyemai cinta ini,
Menjadi lebih subur,
Kerana itulah sahabat.






0 comments:
Post a Comment