Aku sedar indahnya dunia,
Tidak tertangkap olehku,
Tidak mampu aku berbicara tentangnya,
Setiap helaian daun tercipta indah,
Titisan hujan berderai mesra,
Bunga bungaan halus seninya,
Diperhiasi dengan haruman segar,
Hebatnya ciptaan Tuhan,
Indahnya ciptaan Tuhan,
Hanya tercipta olehnya,
Tak mampu ditiru makhluk,
Tak ku sangka,
Indahnya kian hilang,
Dibadai waktu yang mendatang,
Silap manusia melukai alam,
Hingga merajuk membawa diri,
Seni yang indah menjadi suram,
Hidupan mengundur diri,
Angin membawa diri,
Hanya kerana manusia durjana.






0 comments:
Post a Comment